Sunday 28 April 2013

[Program Kecemerlangan iQra 2013] Seminar I.P.A.C(Insan Prihatin Akhlak Cemerlang)

Alhamdulillah, pada 28 April 2013 selesai sudah Program Seminar I.P.A.C(Insan Prihatin Akhlak Cemerlang) yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim. Program yang berlangsung selama setengah hari ini menampilkan panel terkenal seperti Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami, Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid, serta Hafiz Hamidun. Program ini merupakan sebahagian daripada perancangan selama setahun oleh syarikat In Person Training & Consultancy. Tahniah kepada mereka yang telah mendaftarkan diri dalam program ini.